Ayah..itulah perkataan yang sering ana ucapakan tatkala rasa rindu pada ayah menerpa dalam diri. Sedar tak sedar..sudah masuk 4 bulan ayah pergi menemui penciptanya. 'Tidur yang panjang' itu membuat ana sekeluarga terasa sunyi..setelah 16 tahun hidup bersama ayah..pelbagai kenangan pahit dan manis yang diciptakan bersama. Ingat lagi sewaktu ana minta duit 'top up' dari ayah dulu..ayah tak bagi..ayah kata kalau nak..urut ayah dulu. Sambil tersenyum ayah buat mimik muka yang lucu..lalu dia ketawa. Ya Rabb..aku rindu pada senyuman itu..akau rindu akan ketawa ayah. Betapa besar pengorbanan ayah membesarkan puterinya yang degil ni. Pelbagai usaha ayah lakukan. Mencari nafkan buat kami walaupun terkadang ada keluhan di bibirnya. Namun ana mengerti..keluhan itu tidak mnejadikannya lemah untuk terus berusaha mencari nafkah buat keluarga. Ayah terkenal dengan sikapnya yang peramah. Ayah sentiasa menegur orang di sekelilingnya. Tidak mengira status orang itu. Sifat ayah yang sukakan kesederhanaan diwarisi oleh ana.
Ya Allah..aku rindukan suara ayah..suara seorang ayah yang gembira bermain bersama anaknya. Suara ayah yang berlapang dada menasihati sikap anak anaknya. Ana rindu...teramat rindu kepada ayah. Adik adik juga rindu pada ayah..apatah lagi ibu..
Saban hari ibu menangis di dalam solatnya..kerana rindu yang tidak tertahan kepada ayah. Maaf ibu..ana hanya mampu memandang. Kerana ana tahu ana tak mampu untuk memujuk ibu. Apabila petang..ibu akan duduk di kerusi kayu buatan ayah sambil memandang ke luar pintu seperti menunggu seseorang pulang. Pernah ibu bertanya pada ana..''Lambat betul ayah balik ye cik..''sambil memandang ana dengan wajah yang sayu.
Dari wajahnya ana tahu..dia terlupa bahawa ayah sudah tiada. Ana hanya mampu megangguk. Di dalam hati..ana berharap bahawa ibu dapat menghapuskan kesedihannya. Ana tiada daya untuk membuat ibu bahagia jika diri ana sendiri masih sedih.
Wahai Allah..ana sekeluarga redha atas apa yang ENGKAU tetapkan..dari itu ya Allah..KAU kurniakan ke atas diri kami..kesabaran dalam menempuh hari-hari yang akan mendatang. Sungguh besar kuasaMu wahai Allah. Jangan biarkan rindu ini juga melampaui batas terhadap rinduku padaMU dan juga kekasihMu. Tempatkanlah ayah juga..bersama golongan golongan orang yang Engkau kasihi dan yang bakal menghuni syurgaMu. Pertemukanlah kami di syurgaMu..walaupun kami tidak layak kesyurgaMu.
#cinta Allah#
#rindu Rasulallah#
#kasih sayang Ibu Ayah#
Tuesday, 9 October 2012
ILMU ITU WAJIB
Daripada Anas Bin Malik r.a., Rasulallah s.a.w. bersabda yang bermaksud
''Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiao Muslim.''
(Riwayat Ibn Majah dan Abu Ya'ala)
Sebagai pengajaran, kita dianjurkan untuk menuntut ilmu di mana sahaja kita berada, kerana apa yang kita lakukan adalah mengikut ilmu yang kita ketahui.
Thursday, 20 September 2012
Iman..oh iman!
: Apakah makna sebenar iman? :
Wahai sahabat.. iman bermaksud mempercayai di dalam hati, mengaku dengan lisan dan mengamalkan dengan perbuatan mahupun anngota. Iman ialah mempercayai rukun iman tampa ragu - ragu, kepercayaan yang tetap yakin, tidak bergoncang dan berdolak dalik, tidak ada keraguan dan kesamaran dalam hati dan juga perasaan.
Disini terdapat beberapa tanda - tanda iman yang semakin lemah. Sebagai contoh hati cenderung untuk melakukan perkara yang boleh 'merosakkan' hati seperti tidak membaca dan menghayati ayat - ayat suci al quran dengan meninggalkan al quran tanpa dibaca.

Wednesday, 19 September 2012
Salam perkenalan..^^
Assalamualaikum w.b.t...
Salam ukhwah daripada ana..salam perkenalan..
Nama sebenar ana..Zahin Nur Insyirah..ana asal dari negeri Selangor . Ana lebih suka bergaul dengan orang yang peramah, suka berkongsi ilmu walaupun sedikit. Namun..ana tidak gemar dengan orang yang suka mendedahkan aib orang lain! AWAS! Ana juga tidak suka dengan orang yang memperlecehkan agama islam. Berkawan dengan berlainan agama boleh..tapi jangan sesekali memburukkan agama ana. Sikap pendiam adalah salah satu kelemahan ana yang sukar dibendung. ^^'
Assalamualaikum w.b.t.. :D

Itu sahaja buat masa ini..insya'allah..semoga hidup kita sentiasa diberkati oleh Allah s.w.t.
Assalamualaikum w.b.t.. :D
Subscribe to:
Posts (Atom)