Mutiara Musafir: September 2012

Thursday, 20 September 2012

Iman..oh iman!

: Apakah makna sebenar iman? :

Wahai sahabat.. iman bermaksud mempercayai di dalam hati, mengaku dengan lisan dan mengamalkan dengan perbuatan mahupun anngota. Iman ialah mempercayai rukun iman tampa ragu - ragu, kepercayaan yang tetap yakin, tidak bergoncang dan berdolak dalik, tidak ada keraguan dan kesamaran dalam hati dan juga perasaan.

Disini terdapat beberapa tanda - tanda iman yang semakin lemah. Sebagai contoh hati cenderung untuk melakukan perkara yang boleh 'merosakkan' hati seperti tidak membaca dan menghayati ayat - ayat suci al quran dengan meninggalkan al quran tanpa dibaca.



Wednesday, 19 September 2012

Salam perkenalan..^^

Assalamualaikum w.b.t...
Salam ukhwah daripada ana..salam perkenalan..
Nama sebenar ana..Zahin Nur Insyirah..ana asal dari negeri Selangor . Ana lebih suka bergaul dengan orang yang peramah, suka berkongsi ilmu walaupun sedikit. Namun..ana tidak gemar dengan orang yang suka mendedahkan aib orang lain! AWAS! Ana juga tidak suka dengan orang yang memperlecehkan agama islam. Berkawan dengan berlainan agama boleh..tapi jangan sesekali memburukkan agama ana. Sikap pendiam adalah salah satu kelemahan ana yang sukar dibendung. ^^'

Itu sahaja buat masa ini..insya'allah..semoga hidup kita sentiasa diberkati oleh Allah s.w.t.

Assalamualaikum w.b.t.. :D