Ayah..itulah perkataan yang sering ana ucapakan tatkala rasa rindu pada ayah menerpa dalam diri. Sedar tak sedar..sudah masuk 4 bulan ayah pergi menemui penciptanya. 'Tidur yang panjang' itu membuat ana sekeluarga terasa sunyi..setelah 16 tahun hidup bersama ayah..pelbagai kenangan pahit dan manis yang diciptakan bersama. Ingat lagi sewaktu ana minta duit 'top up' dari ayah dulu..ayah tak bagi..ayah kata kalau nak..urut ayah dulu. Sambil tersenyum ayah buat mimik muka yang lucu..lalu dia ketawa. Ya Rabb..aku rindu pada senyuman itu..akau rindu akan ketawa ayah. Betapa besar pengorbanan ayah membesarkan puterinya yang degil ni. Pelbagai usaha ayah lakukan. Mencari nafkan buat kami walaupun terkadang ada keluhan di bibirnya. Namun ana mengerti..keluhan itu tidak mnejadikannya lemah untuk terus berusaha mencari nafkah buat keluarga. Ayah terkenal dengan sikapnya yang peramah. Ayah sentiasa menegur orang di sekelilingnya. Tidak mengira status orang itu. Sifat ayah yang sukakan kesederhanaan diwarisi oleh ana.
Ya Allah..aku rindukan suara ayah..suara seorang ayah yang gembira bermain bersama anaknya. Suara ayah yang berlapang dada menasihati sikap anak anaknya. Ana rindu...teramat rindu kepada ayah. Adik adik juga rindu pada ayah..apatah lagi ibu..
Saban hari ibu menangis di dalam solatnya..kerana rindu yang tidak tertahan kepada ayah. Maaf ibu..ana hanya mampu memandang. Kerana ana tahu ana tak mampu untuk memujuk ibu. Apabila petang..ibu akan duduk di kerusi kayu buatan ayah sambil memandang ke luar pintu seperti menunggu seseorang pulang. Pernah ibu bertanya pada ana..''Lambat betul ayah balik ye cik..''sambil memandang ana dengan wajah yang sayu.
Dari wajahnya ana tahu..dia terlupa bahawa ayah sudah tiada. Ana hanya mampu megangguk. Di dalam hati..ana berharap bahawa ibu dapat menghapuskan kesedihannya. Ana tiada daya untuk membuat ibu bahagia jika diri ana sendiri masih sedih.
Wahai Allah..ana sekeluarga redha atas apa yang ENGKAU tetapkan..dari itu ya Allah..KAU kurniakan ke atas diri kami..kesabaran dalam menempuh hari-hari yang akan mendatang. Sungguh besar kuasaMu wahai Allah. Jangan biarkan rindu ini juga melampaui batas terhadap rinduku padaMU dan juga kekasihMu. Tempatkanlah ayah juga..bersama golongan golongan orang yang Engkau kasihi dan yang bakal menghuni syurgaMu. Pertemukanlah kami di syurgaMu..walaupun kami tidak layak kesyurgaMu.
#cinta Allah#
#rindu Rasulallah#
#kasih sayang Ibu Ayah#